Persiapan Ramadan

Iklan
Pekerja pembersihan Suhaimi Yusof, 50, melakukan kerja-kerja pembersihan masjid sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan ketika tinjauan di Masjid Tengku Tengah Zaharah hari ini.

Menurut Kalendar Islam 2023 yang dikeluarkan oleh JAKIM, umat Islam di Malaysia dijangka akan menyambut puasa Ramadan 2023 pada 23 Mac 2023 (Khamis).

Walau bagaimanapun tarikh permulaan Ramadan ini masih tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan Ramadhan pada petang 29 Syaaban 1444H.