Lelaki hilang ketika memancing ditemukan lemas

Iklan
Seorang lelaki ditemukan lemas semasa memancing dan mandi di Sungai Lebir, Manek Urai, Kuala Krai pada Selasa.

KUALA KRAI - Seorang lelaki ditemukan lemas selepas tiga hari dikhuatiri hilang semasa memancing dan mandi di Sungai Lebir, Manek Urai di sini pada Selasa.

Mangsa Mohd Zulkifli Salleh, 31, dikatakan bersama tiga rakannya sedang melakukan aktiviti memancing dan mandi di kawasan berkenaan sebelum dibawa arus ke tengah sungai.

Iklan
Iklan

"Jenazahnya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat dan pengecaman oleh keluarga," katanya dalam satu kenyataan.

Media pada Ahad melaporkan, kegembiraan empat sahabat memancing berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas semasa mandi di sungai.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Mohd Zulkifli yang bekerja sebagai buruh lemas di kawasan sungai itu selepas dilihat terkapai-kapai sebelum tenggelam ke dalam sungai tersebut.