Jenazah Tun Abdullah Ayub selamat dikebumikan

Iklan
steri kepada bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Abdullah Ayub, Toh Puan Anna Abdul Ranee menyiram pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Beliau dilahirkan pada 3 Jan 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak. Allahyarham dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara pada 1 Jan 1979 dan bersara daripada perkhidmatan awam pada 3 Jan 1981. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Abdullah Ayub selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada pukul 3 petang tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini, yang diasaskan Allahyarham sendiri, selepas solat zohor.

Iklan
Iklan

Allahyarham yang berusia 92 tahun meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada pukul 1.33 pagi tadi.

Allahyarham Abdullah dimasukkan ke IJN pada 4 Dis lepas kerana masalah jantung biasa. Bagaimanapun, beliau diserang strok pada 5 pagi Jumaat lalu (7 Disember).

Iklan

Menurut anak ketiga Allahyarham, Mohamed Aznam Tun Abdullah, 66, arwah bapanya merupakan seorang yang merendah diri.

"Allahyarham juga sentiasa mengutamakan kepentingan bangsa dan negara. Banyak jasa beliau kepada bangsa dan negara sehingga hari ini," katanya ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan itu.

Iklan

Katanya isteri pertama Allahyarham, Puteh Rafeah Arifin meninggal dunia pada 2001.

Allahyarham dikurniakan lapan anak yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia, 15 cucu dan 10 cicit.

Sementara itu, isteri Allahyarham Toh Puan Anna Abdul Ranee berkata arwah suaminya merupakan seorang yang serius namun suka bergurau.

"Allahyarham seorang yang teliti dalam tugasnya dan ketika membuat sesuatu keputusan.

"Tun Abdullah juga seorang yang baik hati dan tidak suka mendengar khabar angin tanpa usul periksa," katanya.

Dilahirkan pada 3 Januari 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak, Allahyarham menjadi Ketua Setiausaha Negara pada 1 Jan 1979 sehingga penghujung November 1980.- Bernama.