Shahaniza terkejut barisi kedudukan 10 terbaik MKT UMNO
Iklan
Shahaniza
MARAN -"Saya sendiri tak sangka percubaan kali pertama bertanding dapat berada dalam kedudukan Top 10," kata Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin susulan kejayaannya memenangi jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi sesi 2023-2026.
Shahaniza merupakan satu-satunya calon wanita yang berada dalam kedudukan 10 daripada 25 terbaik bagi jawatan tersebut.
Iklan
Iklan
Selain MKT, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul itu juga berjaya mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Maran buat penggal kedua.
Ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad, beliau mengakui terkejut dengan kejayaan tersebut selepas gagal sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Maran dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Iklan
"Sejujurnya saya menyasarkan kedudukan Top 15 namun selepas melihat maklum balas diterima ketika kempen dan di laman sosial, saya kekal positif untuk diterima selain berdasarkan pengalaman lebih 15 tahun di peringkat negeri boleh digunakan di peringkat pusat pula selepas ini.
"Ini satu amanah dan tanggungjawab yang besar dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin selain sedar jangkaan tinggi pengundi yang diletakkan terhadap saya," jelasnya yang bersyukur dengan kejayaan tersebut.
Iklan
Dalam pada itu, beliau memberitahu sudah memiliki idea-idea baharu yang akan dibawa ke pucuk pimpinan parti.
"Antaranya merealisasikan penubuhan Sekolah UMNO selain kempen memberikan kesedaran kepada anak muda terhadap parti ini sebenarnya kerana persepsi negatif iaitu sebuah parti korup dan macam-macam.
"Saya akan gunakan pendekatan sendiri untuk memberikan kesedaran dan membuka mata mereka terhadap UMNO," tambah Shahaniza.
Pada pemilihan kali ini, seramai 95 calon menawarkan diri bertanding bagi jawatan MKT yang menyaksikan tujuh calon adalah wanita.
Selain Shahaniza, turut bertanding ialah Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Rosni Sohar, Datuk Suraya Yaacob, Datuk Zahida Zarik Khan, Datuk Mastura Mohd Yazid dan Julie Sabran.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.