Banjir makin surut di Batu Pahat, mangsa di Johor menurun
Iklan
Mangsa banjir, Suriyani Arbain, 57, (kiri) bersama Jemari Katimon, 66, (dua dari kiri) dan rakan-rakan bergotong-royong menyediakan makanan tengah hari untuk mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Sri Medan pada Rabu. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di Johor terutamanya di daerah Batu Pahat dilihat semakin pulih, setelah air banjir di kawasan yang terjejas teruk seperti Parit Sulong, Yong Peng, Sri Gading dan Parit Raja, dilihat sudah mulai surut.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negari (JPBN) memaklumkan, dua daerah iaitu Batu Pahat dan Segamat menyaksikan jumlah mangsa seramai 20,107 orang yang ditempatkan di 77 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang tadi, berbanding 21,127 orang yang dicatatkan pada 8 pagi tadi.
Iklan
Iklan
"Batu Pahat masih merekodkan mangsa teramai dengan 20,083 mangsa daripada 5,743 keluarga di 75 PPS diikuti Segamat 24 mangsa daripada lapan keluarga,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, hari ini.
Cuaca di semua 10 daerah sehingga petang ini dilaporkan cerah dan tiada sungai yang berada di paras bahaya.
Iklan
Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi satu hantaran berkata usaha untuk mengepam air sedang giat dilaksanakan untuk menangani masalah banjir termenung di daerah Batu Pahat.
Beliau berharap agar ia dapat ditangani terutama sebelum tibanya Ramadan, minggu depan. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>