Kementerian Pertahanan pastikan LCS siap ikut jadual
Iklan
Pembinaan LCS untuk TLDM. Gambar kecil: ADLY
KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memastikan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, paling penting LCS dapat disiapkan seperti jangkaan pada tahun 2024 demi mengukuhkan pertahanan dan perairan negara.
Iklan
Iklan
"Jika ada isu berbangkit, pihak-pihak yang berwajib harus mengambil tanggungjawab masing-masing untuk menyelesaikan perkara itu,” katanya ketika ditemui pada Jelajah Program Peduli Veteran Peringkat Negeri Kelantan di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Syarina Kassim dan Panglima 8 Briged, Brig Jeneral Azudin Hassan.
Iklan
Adly berkata, kementeriannya akan maklumkan perkembangan terkini berkaitan LCS dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan TLDM bernilai RM9 bilion.
Iklan
Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus namun tiada kapal diterima setakat ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Rabu lalu menegaskan siasatan skandal LCS mesti diteruskan kerana pendakwaan peringkat awal sebelum ini tidak mencukupi dan membabitkan skandal berskala besar serta ketirisan.
Pada masa sama, projek tersebut diteruskan kerajaan sebagai sebahagian daripada pengukuhan pertahanan negara dan tentera laut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Keputusan Lembaga Pengampunan: Ahmad Zahid harap beri nilai tambah kepada PRN Melaka"><meta itemprop="description" content="Keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah diharap memberi nilai tambah kepada landskap politik negara khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Saya harap begitu menjadi faktor kepada geopolitik landskap politik di negara kita insya-Allah,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 di Jakarta pada Jumaat
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796852/berita/nasional/keputusan-lembaga-pengampunan-ahmad-zahid-harap-beri-nilai-tambah-kepada-prn-melaka
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-18T09:28:58.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P106S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb9g9iq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb9g9iq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb9g9iq"></script>