Beri penghargaan tertinggi jasa, pengorbanan PDRM
Iklan
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengajak masyarakat mendedikasikan penghargaan tertinggi kepada seluruh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang rela berkorban masa dan nyawa demi rakyat dan negara.
Dalam catatan di Facebook sempena Peringatan Hari Polis Ke-216 yang akan disambut pada Isnin ini, Fadillah turut mendoakan agar kesemua wira negara terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk berkhidmat demi rakyat dan negara tercinta.