Sporting kecewakan Arsenal di Emirates

Iklan
Arteta (dua dari kiri) bersama pegawai pasukan kecewa Arsenal tersingkir daripada saingan Liga Europa di Emirates awal pagi Jumaat. - Foto EPA

ARSENAL terpaksa melupakan saingan Liga Europa setelah dikejutkan Sporting Lisbon 3-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam pusingan 16 di laman sendiri, awal pagi Jumaat.

Penjaga gol Sporting, Antonio Adan muncul wira apabila menyelamatkan sepakan penalti pemain Arsenal, Gabriel Martinelli untuk membantu pasukannya mara ke suku akhir.

Iklan
Iklan

Kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan agregat 3-3 dalam aksi di Stadium Emirates.

Pada aksi itu, The Gunners terlebih dahulu di depan menerusi rembatan Granit Xhaka pada minit ke-19.

Iklan

Bagaimanapun Pedro Goncalves menyamakan kedudukan menerusi gol yang menakjubkan untuk pelawat pada minit ke-62.

"Kami ada peluang untuk menang, tapi kena tanya diri sendiri kenapa belum cukup bagus untuk terus mara," ujar jurulatih Arsenal, Mikel Arteta.

Iklan

Senada dengan bos The Gunners ialah kaptennya, Martin Odegaard yang mengakui aksi terbaik yang dipamerkan rakan sepasukan belum cukup untuk membantu mereka menang.

"Sebahagian daripada permainan kami melakukannya dengan baik tetapi kami tidak dapat mempamer aksi terbaik. Ia adalah perlawanan yang sengit.

"Satu tamparan hebat tersingkir daripada saingan ini kerana kami meletakkan sasaran yang tinggi.

"Sekarang kami perlu lebih kuat dan pastikan kami menamatkan saingan liga dengan baik," ujar Odegaard.