Perez idam atasi Verstappen di Jeddah

Iklan
Perez beraksi cemerlang di Bahrain apabila menduduki tempat kedua di belakang Verstappen dalam saingan pembuka tirai F1. - Foto Agensi

PELUMBA sensasi, Sergio Perez mengimpikan untuk mengatasi rakan sepasukan Red Bull yang juga juara bertahan Formula Satu (F1), Max Verstappen dalam saingan di Arab Saudi hujung minggu ini.

Dalam saingan musim lalu, Perez bermula dari petak pertama di Litar Corniche Jeddah.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi pelumba Mexico itu dalam perlumbaan waktu malam yang diterangi lampu limpah apabila pada mulanya ia kelihatan terkawal sehingga dia melakukan hentian pit sebelum kereta keselamatan masuk sekali gus memusnahkan peluangnya.

Red Bull memberi amaran awal bagi saingan musim ini apabila menguasai perlumbaan pembukaan musim di Bahrain 5 Mac lalu menerusi kejayaan satu dua, Verstappen dan Perez.

Iklan

Kemenangan sempurna Red Bull itu menjadi petanda kelebihan yang mereka nikmati, sama ada Perez boleh menyumbang sesuatu yang lebih besar berbanding sekadar pelumba sokongan kepada rakan sepasukannya.

"Ia akan menjadi sangat menarik untuk melihat bagaimana semua orang beraksi di Jeddah minggu ini. Ia adalah litar yang sangat berbeza dengan Bahrain,” kata Perez.

Iklan