KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM183 juta bagi membiayai 49 projek dan program di Sandakan, Sabah, bagi 2019.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan memberi penekanan yang serius ke atas pembangunan Sandakan bagi memastikan ia berkembang sebagai salah satu pusat perniagaan yang berdaya maju di sebelah timur Sabah.