Wan Ahmad Fayhsal umum lepas jawatan Ketua Armada Bersatu
Iklan
KUALA LUMPUR - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengumumkan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya ketika ini pada pemilihan akan datang.
Jelas Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang itu, keputusan tersebut diambil susulan beliau telah melebihi umur yang sah untuk menerajui sayap parti itu.