Pilihan Raya Presiden dijadual berlangsung 14 Mei - Erdogan

Iklan
Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat menetapkan Pilihan Raya Presiden dan Parlimen negara itu berlangsung pada 14 Mei, sebulan lebih awal daripada dijadualkan. - Foto AFP

ANKARA - Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat menetapkan Pilihan Raya Presiden dan Parlimen negara itu berlangsung pada 14 Mei, sebulan lebih awal daripada dijadualkan.

Erdogan memetik Perkara 116 Perlembagaan Turkiye untuk mengadakan pilihan raya pada 14 Mei, yang sebelum ini dijadual pada 18 Jun, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Lembaga Pilihan Raya Tertinggi akan melancarkan jadual pilihan raya selama dua bulan selepas keputusan itu disiarkan menerusi warta rasmi negara pada Sabtu, kata Erdogan kepada pemberita.

Beliau menambah, keputusan itu dibuat memandangkan peperiksaan universiti akan berlangsung pada 18 Jun, termasuk cuti persekolahan.

Iklan

Erdogan akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang sebagai calon Perikatan Rakyat.

Blok itu dibentuk oleh Parti Keadilan dan Parti Pembangunan yang memerintah, Parti Gerakan Nasionalis, dan Parti Kesatuan Mega.

Iklan

Beliau akan dicabar Kemal Kilicdaroglu, dari parti pembangkang Nation Alliance yang terdiri daripada enam gabungan. - Bernama/Xinhua