Singapura kesan kes demam babi Afrika

Iklan
Beberapa kes demam babi Afrika dikesan di Singapura. - Agensi

SINGAPURA - Sekurang-kurangnya 17 lagi kes demam babi Afrika dikesan berada di Singapura, lapor Berita Mediacorp.

Menurut laporan terkini Pertubuhan Dunia bagi Kesihatan Haiwan (WOAH) pada 24 Februari lalu sudah mengesahkan terdapat 18 kes yang dilaporkan di republik itu.

Iklan
Iklan

Menurut WOAH, daripada 18 kes yang disahkan, 15 dikesan dalam bangkai babi hutan manakala tiga daripadanya dijumpai dalam babi hutan yang terperangkap. Ketiga-tiga haiwan itu sudah dibunuh.

Menurut Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS), demam babi Afrika merupakan penyakit yang hanya menjejas spesies babi.

Iklan

Tambahnya, penyakit itu bukan zoonotik, yang bermaksud ia tidak boleh berjangkit kepada manusia, dan ia bukan risiko kepada kesihatan awam.

Filipina pada Isnin mengumumkan larangan sementara import produk babi dari Singapura. Ini termasuk daging, kulit dan protein haiwan yang diproses. - Agensi

Iklan