Gaji permulaan rendah antara faktor simpanan rendah - KWSP
Iklan
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR - Gaji permulaan rendah bagi mereka yang memulakan kerjaya sebelum gaji minimum dilaksanakan pada 2013, merupakan antara beberapa faktor menyumbang kepada jumlah simpanan rendah bagi, kumpulan berumur 40 hingga 54 tahun yang mempunyai baki kurang RM10,000.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan di sini pada Khamis memaklumkan, selain itu faktor lain yang turut menyumbang kepada perkara itu ialah cabaran struktur gaji, dengan 44 peratus penyumbang KWSP mempunyai pendapatan kurang dari RM2,000 dan 81 peratus mempunyai pendapatan kurang dari RM5,000.
Iklan
Iklan
"Caruman yang tidak konsisten disebabkan oleh ahli yang beralih keluar dan masuk dari sektor formal, di mana hanya 45 peratus daripada 4.81 juta ahli dalam kumpulan umur ini, telah membuat caruman pada 2022 manakala selebihnya tidak membuat sebarang caruman pada tahun lepas.
"Hanya separuh daripada tenaga kerja sektor swasta yang berada di bawah kontrak pekerjaan formal, diwajibkan untuk membuat caruman kepada KWSP. Tenaga kerja selebihnya terdiri daripada individu dalam sektor lain seperti pertanian, pekerjaan tidak formal, pekerja kontrak atau pemilik perniagaan,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Selain itu KWSP memaklumkan, sebanyak 2.85 juta atau 59 peratus daripada ahli daripada kumpulan umur berkenaan, telah memohon lebih daripada satu kali pengeluaran berkaitan Covid-19 dan mengeluarkan sebanyak RM62 bilion, seterusnya mengurangkan lagi jumlah simpanan mereka.
Sehingga akhir Disember 2022, terdapat seramai 4.81 juta ahli KWSP dalam lingkungan umur 40 hingga 54 tahun, dengan 2.17 juta daripadanya merupakan ahli aktif dan 2.64 juta ahli tidak aktif (didefinisikan sebagai tidak membuat sebarang caruman dalam setahun lepas).
Iklan
"Insentif berkenaan akan menjadi pemangkin kepada pembinaan semula simpanan ahli, untuk mencapai persaraan yang lebih selesa dan seterusnya membantu mengurangkan kesan berikutan perkembangan pesat populasi menua Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari berkata kerajaan bersetuju untuk menambah RM500 caruman simpanan KWSP akaun 1 bagi ahli berumur 40 hingga 54 tahun, yang miliki simpanan kurang RM10,000. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>