Tangki petrol bocor, laluan selatan Kuala Kangsar-Ipoh ditutup

Iklan
Pemberitahuan kemalangan dan kesesakan yang berlaku di laluan lebuh raya arah selatan Kuala Kangsar-Ipoh oleh pihak Plus dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitter.

IPOH - Pengguna Lebuhraya Utara Selatan dari laluan Changkat Jering menuju arah selatan dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif atau keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar berikutan aliran trafik sesak disebabkan kemalangan.

Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada Rabu memaklumkan, terdapat kemalangan membabitkan sebuah lori tangki di Kilometer 265.6.

Iklan
Iklan

Nahas berkenaan menyebabkan kedua-dua lorong arah selatan ditutup dan trafik sesak hampir enam kilometer.

Pusingan U di Terowong Menora ke Ipoh juga telah diaktifkan bagi mengawal kesesakan yang berlaku.

Iklan

Dalam kejadian jam 6 petang itu, sebuah lori tangki membawa muatan petroleum telah terbabas ke bahu jalan dan mengakibatkan berlakunya kebocoran pada dua tangki petrol.

Maklumat Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya memberitahu, operasi dijangka selesai antara jam 3 ke 4 pagi.

Iklan