Digital SLoan penyelesaian pembiayaan buat pengguna Shopee
Iklan
Sumber: Shopee Malaysia
SEAMONEY Capital Malaysia Sdn Bhd menawarkan penyelesaian pembiayaan digital khususnya untuk pengguna dan penjual Shopee melalui SLoan.
Shopee Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, SLoan memberikan lebih fleksibiliti kewangan kepada pengguna Shopee dalam memenuhi keperluan mereka dan melengkapkan cara mereka mengurus kewangan peribadi dengan mudah, cepat dan selamat.
Iklan
Iklan
"SLoan untuk penjual Shopee membantu mereka mengukuhkan modal kerja jangka pendek dan memberi mereka kapasiti kewangan yang lebih besar untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan,” katanya.
SLoan ialah penyelesaian pembiayaan digital yang telah diberikan lesen pinjaman wang di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Iklan
Pembeli dan penjual yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang SLoan boleh melawati pusat bantuan kami di https://help.shopee.com.my/portal/article/114257-SLoan-FAQ, untuk mengetahui cara ia berfungsi. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>