Tinjauan banjir di Batu Pahat

Iklan
Beberapa kenderaan cuba untuk meredah banjir ketika tinjauan di Jalan Utama Yong Peng ke Muar hari ini.

Penduduk sekitar Parit Yaani mendakwa jalan utama Yong Peng ke Muar semakin terhakis susulan air banjir yang melimpahi laluan tersebut sejak Sabtu lepas.

Keadaan cuaca di Batu Pahat setakat 1 tengah hari ini mendung dan permerhatian mendapati sebahagian rumah sekitar Parit Yaani, Parit Haji Yusof dan Bukit Ciku masih digenangi air.