Tuntung sungai

Iklan
Tuntung sungai adalah spesies penyu air tawar yang banyak ditemui di sepanjang Sungai Kemaman dan usaha pemuliharaan perlu dilakukan segera sebelum ia diancam kepupusan.

Menurut Pengasas Persatuan Pemuliharaan Tuntung Kura-kura dan Penyu Malaysia, Dr Chen Pelf Nyok, bagi memastikan kelangsungan hidup survival tuntung sungai, beliau dan penduduk Kampung Pasir Gajah khususnya akan melakukan kerja mengutip telur tuntung untuk dieram dan ditetaskan sebelum anak tuntung dilepaskan ke sungai.