UMNO sah tak tanding PRK Parlimen Sandakan
Iklan
Mohamad berkata demikian pada sidang media di Menara Datuk Onn Kuala Lumpur selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, hari ini.
KUALA LUMPUR - UMNO memutuskan untuk tidak menempatkan calon di PRK Parlimen Sandakan pada 11 Mei ini.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu dibuat kerana parti itu tidak pernah bertanding di kerusi terbabit.
Iklan
Iklan
"Keputusan UMNO dalam PRK Parlimen Sandakan ialah kita tidak akan bertanding merebut kerusi tersebut.
"Lagipun UMNO tak pernah bertanding di situ (Sandakan). Ini keputusan UMNO, bagaimanapun BN akan memutuskan sama ada parti komponennya akan ditempatkan merebut kerusi tersebut dalam Mesyuarat MT BN yang akan berlangsung malam ini,” katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di sini, hari ini.
Iklan
Terdahulu, media melaporkan MCA Sabah bersedia meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil itu.
Pengerusinya, Lee Wan Tung, berkata mereka bagaimanapun masih membincangkan perkara tersebut dan belum ada keputusan muktamad. Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.
Iklan
Pada PRU14, Tien Fatt memperoleh 10,098 majoriti selepas menewaskan Datuk Lim Ming Hoo daripada Parti Liberal Demokratik (LDP).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>