Warga emas maut ketika masuk simpang

Iklan
Yong yang menunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan membabitkan sebuah kereta di Bidor pada Ahad. - Foto ihsan pembaca

TAPAH - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Kilometer 68, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Bidor di sini pada Ahad.

Dalam nahas itu, mangsa, Lew Koo Yong, 77, beralamat di Kampung Baru Pekan Pasir, Bidor di sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, laporan kemalangan diterima sekitar jam 2.35 petang membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Almera dan motosikal jenis Honda.

"Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Pahang.

Iklan

Menurutnya, akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah disahkan meninggal dunia.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Iklan

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian penunggang ketika memasuki simpang sebelum dilanggar kereta berkenaan," katanya.

Wan Azharuddin berkata, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.