Cuaca di ibu kota

Iklan

Pemandangan menunjukkan ibu kota disinari cahaya matahari berikutan cuaca baik ketika tinjauan di Bukit Antarabangsa, hari ini.

Sebelum ini, Kuala Lumpur antara negeri yang mengalami hujan berterusan sepanjang hari sehingga menyebabkan beberapa kejadian banjir di beberapa kawasan yang rendah.

Iklan
Iklan

Mengikut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia ribut petir dan hujan di satu dua tempat akan berlaku di ibu kota sebelah petang dengan suhu minimum 23 darjah celcius dan maksimum 32 darjah celcius.