F1: Verstappen tempah petak depan di Bahrain

Iklan
Verstappen meraih petak depan dalam saingan pembuka tirai F1 di Litar Sakhir pada Ahad. - Foto EPA

JUARA dunia, Max Verstappen memulakan saingan pembuka tirai Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain dengan pemanduan positif apabila meraih petak depan di Sakhir awal pagi Ahad.

Keputusan tersebut sesuatu yang mengejutkan kerana pelumba Belanda itu tidak pernah menang di Bahrain sejak 10 tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Kejutan yang bagus dan positif untuk berada di petak depan selepas semua masalah dalam latihan. Jentera perlumbaan kami rasa lebih bagus,” ujar Verstappen.

"Saya sangat gembira berada di petak depan,” ujar pemandu berusia 25 tahun itu.

Iklan

Ia adalah penguasaan barisan depan pertama Red Bull di Bahrain, litar yang mereka tidak pernah menangi sejak 2013, ketika Sebastian Vettel melakukannya 10 tahun lalu.

"Ia menakjubkan. Saya tidak sabar menantikan esok (Isnin). Berbanding tahun lalu, semua orang tahu serba sedikit apa yang mereka lakukan terhadap jentera dan menambah prestasinya dengan banyak,” ujar Verstappen.

Iklan

Menyusul di petak kedua ialah rakan sepasukan Verstappen, S. Perez, manakala pemandu petak depan musim lepas, Charles Leclerc ketiga bersama Ferrari di petak ketiga.