Hujan sangat lebat berterusan di Pahang, Johor hingga esok
Iklan
KUALA LUMPUR - Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal melanda Pahang dan Johor hingga esok.
Menurut amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada jam 9.50 malam ini kawasan terlibat di Pahang ialah Rompin manakala di Johor membabitkan Segamat, Kluang serta Mersing.