Hafizh Syahrin akhiri cabaran tempat ke-16 di Litar Mandalika
Iklan
PELUMBA berpengalaman negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakhiri cabaran Perlumbaan Satu Pusingan 2 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di tempat ke-16 di Litar Mandalika, Indonesia pada Sabtu.
Hafizh Syahrin yang berlumba untuk Petronas MIE Racing Honda Team memulakan perlumbaan di petak ke-19 daripada 20 pelumba.