204 kes baharu Covid-19

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Sebanyak 204 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan empat daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, tiada kematian baharu dilaporkan sekali gus mengekalkan rekod kematian terdahulu iaitu sebanyak 36,965 kes.

Iklan
Iklan

Sementara itu, 9,247 kes aktif Covid-19 dicatatkan dengan 8,909 atau 96.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 332 pesakit lagi ditempatkan di hospital.

Sebanyak enam kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan satu daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Iklan

Kes sembuh yang direkodkan pada Isnin ialah 213 kes menjadikan jumlah keseluruhan dalam negara adalah 4,997,244 kes.

Iklan