Terlibat kemalangan, Riz Amin ambil cuti rehat
Iklan
SELEPAS mengalami kecederaan dalam satu kemalangan motosikal pada Khamis lalu, pelakon Riz Amin berkongsi keadaan terkininya yang sudah kembali pulih.
Riz dilaporkan cedera pada bahagian mata dan buku lali kedua-dua belah kakinya akibat dilanggar dari belakang oleh motor sepupunya ketika mereka pulang daripada dari sebuah restoran.