Lelaki hanyut bersama kereta, korban pertama banjir di Johor
Iklan
KLUANG - Seorang lelaki menjadi korban pertama banjir di negeri ini apabila ditemukan meninggal dunia selepas kereta dinaiki dihanyutkan air deras di Jalan GSA Chamek, Paloh, dekat sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada jam 7.20 pagi itu melibatkan mangsa, K Sarathkumar yang berusia 20-an sedang memandu seorang diri di lokasi kejadian.