Dua lelaki ditahan kutip caj parkir tanpa kebenaran

Iklan
Dua lelaki ditahan menjalankan aktiviti mengutip dan menjaga parkir tanpa kebenaran.

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga tempatan ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti mengutip dan menjaga parkir tanpa kebenaran.

Unit media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, tindakan dijalankan menerusi satu tindakan khas terhadap penjaga kereta tanpa kebenaran di sekitar Jalan Petaling, Jalan Hang Jebat dan Jalan Panggung di sini baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelaki berusia 37 dan 52 tahun itu ditahan ketika menjaga parkir di Jalan Panggung sewaktu anggota penguat kuasa menjalankan pemeriksaan.

"Tangkapan dilaksanakan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan
Iklan

"Lelaki berkenaan dibawa ke pejabat Polis Trafik Kuala Lumpur (PTK) untuk urusan siasatan dan dokumentasi," menurut kenyataan itu pada Rabu.