Pengurangan cukai jalan 50 peratus galak guna kenderaan elektrik, hibrid
Iklan
KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa menggalakkan penggunaan kenderaan berteknologi hijau dengan menggerakkan pelbagai inisiatif termasuk pengurangan cukai jalan 50 peratus bagi kenderaan jenis elektrik dan ‘hybrid plug in charging’, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaffar.
"Kementerian juga turut mewujudkan sebuah badan khas yang dinamakan ‘Kelulusan Jenis Kenderaan’ yang berfungsi untuk mengenal pasti dan meluluskan kenderaan teknologi hijau terutamanya lori dan bas, bagi mengurangkan penggunaan kenderaan berkarbon,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.