Musim panas

Iklan

Pengunjung beriadah sambil menyejukkan badan ketika tinjauan di Air Terjun Durian Perangin dekat sini.

Cuaca panas dan kering kini melanda berikutan perubahan fasa kedua Monsun Timur Laut ketika ini.

Iklan
Iklan

Empat stesen di tiga daerah di negeri ini mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi tujuh hari berturut-turut sehingga kelmarin.

Stesen Meteorologi Pulau Langkawi merekodkan 15 hari tanpa hujan, diikuti dua stesen di Sik iaitu Stesen Pertanian Batu Seketul dan Empangan Muda masing-masing 13 hari tanpa hujan.

Iklan
Iklan

Stesen Meteorologi Lapangan Terbang Alor Setar pula menunjukkan sudah 12 hari tiada hujan dan dijangkakan musim panas ini akan berterusan sehingga Mac.