Bayi meninggal dalam penerbangan Kuala Lumpur - Perth

Iklan

SHAH ALAM - Seorang bayi meninggal dunia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia pada pagi tadi.

Memetik laporan ABC News Australia, Polis Australia Barat mengesahkan kematian bayi itu dan menyatakan tiada sebarang keraguan berhubung punca kematiannya.

Iklan
Iklan

Katanya, pihak polis juga sedang menyediakan laporan untuk koroner.

Sementara itu, The Star Online melaporkan, AirAsia ketika dihubungi mengesahkan perubatan kecemasan dilakukan membabitkan bayi berkenaan bagi penerbangan D7236.

Iklan

"Kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai keadaan perubatan bayi tersebut. Bagaimanapun, bayi dan keluarga yang terlibat dalam ingatan kami," kata jurucakapnya.

Menurutnya, pesawat tersebut didatangi pakar perubatan dan pihak berkuasa berkaitan sewaktu tiba di lapangan terbang.

Iklan

"Keselamatan dan kesejahteraan penumpang kami sentiasa menjadi keutamaan kami, dan kru penerbangan memohon bantuan perubatan semasa pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth mengikut prosedur.

"Susulan insiden itu, penerbangan D7237 AirAsia dari Perth ke Kuala Lumpur yang dijadualkan berlepas pagi ini pada pukul 6.50 pagi ditunda," katanya.