Paip pecah: 14 kawasan di Hulu Langat alami gangguan air

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Bekalan air di 14 kawasan di wilayah Hulu Langat mengalami gangguan tidak berjadual akibat paip pecah di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada Selasa.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja membaiki paip pecah berkenaan sedang dilaksanakan bermula jam 6.30 pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Kerja-kerja pembaikan ini dijangka mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 14 kawasan di wilayah Hulu Langat," kata kenyataan di Facebook rasmi Air Selangor pada Selasa.

Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Iklan

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Iklan