Aizat Fikri tanding Exco Pemuda, Ketua Pemuda UMNO Kuala Nerus
Iklan
Aizat Fikri
KUALA TERENGGANU – Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Aizat Fikri Mohd Nasir menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus dan Exco Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan UMNO tidak lama lagi.
Aizat Fikri berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira keadaan UMNO sekarang yang semakin kehilangan sokongan terutama daripada kalangan orang-orang muda.
Iklan
Iklan
"Penyertaan saya dalam kepimpinan tertinggi UMNO ini adalah satu langkah semak dan imbang yang sihat di dalam parti.
"Saya juga ingin memastikan suara akar umbi dapat dibawa hingga ke peringkat tertinggi parti walaupun ia datang daripada seorang ahli biasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Iklan
Menurut Aizat Fikri, beliau mahu memastikan tiada lagi anasir tidak sihat dibawa dan menjadi budaya dalam parti termasuk tindakan melanggar perlembagaan serta peraturan parti.
"Hala tuju perjuangan saya adalah berpaksikan agenda memulih dan #binasemulaUMNO,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRK Sungai Bakap: PKR Pulau Pinang hantar senarai nama calon" /><meta itemprop="description" content="PRK Sungai Bakap: PKR Pulau Pinang hantar senarai nama calon
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman. 
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, senarai nama tiga hingga lima calon itu dicadangkan oleh pimpinan di peringkat Cabang Nibong Tebal untuk diperhalusi.
Menurutnya, calon-calon yang disenarai pendek itu berusia antara 30 hingga 60 tahun termasuk anak tempatan di kawasan Sungai Bakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667914/berita/politik/prk-sungai-bakap-pkr-pulau-pinang-hantar-senarai-nama-calon
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKSungaiBakap #PKR" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-06-02T04:21:55.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WOjEK1cN01hYKd5Zp/x180" /><meta itemprop="duration" content="P70S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8zhtp0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8zhtp0"></script>