Barcelona layak dapat keputusan lebih baik

Iklan
Xavi (kanan) yakin Barcelona akan kembali lebih hebat musim depan. - Foto AFP

XAVI merasakan Barcelona layak untuk mendapat keputusan lebih baik ketika tewas kepada Manchester United dalam aksi Liga Europa di Old Trafford pada Jumaat.

Selepas keputusan seri 2-2 dalam aksi pertama play off di Camp Nou minggu lalu, Robert Lewandowski menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-18.

Iklan
Iklan

Namun, Fred menyamakan kedudukan sejurus selepas rehat dan Antony menjaringkan gol kurang daripada 20 minit sebelum tamat perlawanan sekali gus membawa United mara menerusi agregat 4-3.

Ia adalah kekalahan pertama Barcelona menentang United sejak 2008.

Iklan

"Gol penyamaan United menyakitkan kami. Kami kehilangan bola dan mereka menyamakan kedudukan. Mereka memberikan lebih intensiti dan kami tewas penguasaan bola pada separuh masa kedua.

"Ini adalah kekecewaan besar tetapi kami perlu memberi tumpuan kepada pertandingan yang masih ada," katanya.

Iklan

Walaupun Barcelona telah tersingkir daripada kedua-dua Liga Europa dan Liga Juara-Juara musim ini, Xavi tetap melihat ada peningkatan dipamerkan berbanding musim lalu.

"Kami lebih baik daripada tahun lalu. Tahun ini kami telah bersaing menentang Bayern (Munich), menentang Inter.

"Tahun depan kami perlu meningkat. Semua pasukan adalah hebat dan sukar untuk bersaing. Tahun depan kami akan kembali lebih kuat," katanya.