BISA jadi sokongan, motivasi Farm Fresh ke antarabangsa
Iklan
Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal, menerima Anugerah Jenama Tenusu Terunggul 2023 disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin.
PENGANUGERAHAN Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) menjadi sokongan moral dan motivasi kepada Farm Fresh untuk terus memajukan jenama perniagaan ke peringkat antarabangsa.
Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal berkata, selain BISA, setiap anugerah yang dimenangi juga secara langsung dapat menjadi inspirasi kepada usahawan-usahawan lain untuk berusaha dengan lebih keras.
Iklan
Iklan
"Saya gembira menang Anugerah BISA ini, terutamanya ini adalah anugerah program BISA Sinar Harian yang pertama, jadi ia satu penghargaan kepada kami.
"Bagi saya, Anugerah BISA itu bagus untuk Sinar Harian selaku media untuk memberi pengiktirafan kepada para usahawan.
Iklan
"Ia memberi motivasi kepada usahawan-usahawan kecil supaya mereka boleh kerja dengan lebih kuat lagi kerana mereka memerlukan pendedahan dan pengiktirafan terutamanya daripada media sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis.
Iklan
Azmi (kanan) dan isterinya bergambar bersama Anugerah BISA yang diterimanya pada Khamis
Azmi menerima Anugrah BISA bagi kategori Anugerah Jenama Tenusu Terunggul 2023.
Ujar beliau, Farm Fresh menyasarkan untuk menjadi jenama tenusu yang dikenali di seluruh Asia.
"Kita dah mula berkembang ke Filipina. Tahun depan ke Indonesia dan kita pun sudah ada di Australia.
BISA memberi pengiktirafan kepada golongan usahawan dan syarikat yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi negara.
Penganugerahan BISA merangkumi pelbagai sektor perniagaan seperti perkhidmatan, peruncitan, kepenggunaan, pendidikan, teknologi, kreativiti, inovasi produk dan banyak lagi.
Lebih 30 pemenang BISA yang terdiri daripada usahawan tempatan diumumkan pada malam gala penganugerahan di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City malam tadi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>