Belanjawan 2023: Anwar tinjau persiapan akhir

Iklan
Anwar tiba di bangunan Perbendaharaan bagi meninjau persiapan akhir Belanjawan 2023.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Kementerian Kewangan pada petang Khamis.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata, beliau turut menandatangani dokumen berkaitan.

Anwar menunjukkan beg fail Belanjawan 2023.

Iklan
Iklan

"Saya juga sempat beramah mesra dengan kakitangan yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2023 Malaysia Madani.

"Insya-ALLAH, nantikan pembentangannya jam 4.00 petang esok," katanya pada Khamis.

Iklan

Sebelum itu, Anwar tiba di bangunan Perbendaharaan jam 3.30 petang disambut oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican.