PRN: PN dalam proses muktamadkan pembahagian kerusi
Iklan
Hamzah
KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) masih dalam proses memuktamadkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan parti komponennya di enam negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perbincangan antara parti-parti komponen berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.
Iklan
Iklan
"Masih belum dimuktamadkan, tetapi kami sudah beberapa kali bincang kerusi-kerusi yang akan diagihkan kepada parti-parti dalam PN. (Perbincangan) kami macam adik-beradik (tiada masalah),” katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen hari ini.
Hamzah berkata, PN juga akan membincangkan mengenai penggunaan logo yang bersesuaian di negeri-negeri yang ditadbir PAS iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Iklan
Semalam, menteri besar dan ketua menteri dari enam negeri mencapai kata sepakat untuk menimbangkan pembubaran DUN masing-masing dalam dua minggu terakhir pada Jun nanti bagi memberi laluan kepada PRN tahun ini.
Dalam pada itu mengulas laporan mengenai Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dikatakan meminta PN memperuntukkan sejumlah kerusi kepada parti itu, Hamzah berkata ia menunjukkan bekas menteri besar Kedah itu sedang berada dalam keadaan terdesak. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>