Nor Azmi tawar diri tanding Ketua UMNO Bahagian Temerloh
Iklan
Nor Azmi menyerahkan borang pencalonan jawatan itu pada Selasa.
TEMERLOH - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Datuk Nor Azmi Mat Ludin, 60, menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Temerloh bagi Pemilihan UMNO 2023-2026.
Menurut beliau, keputusan itu diambil berdasarkan pengalamannya dalam parti tersebut.
Iklan
Iklan
"Saya ingin menyerahkan kudrat, idea dan pengalaman untuk memacu UMNO terus berada di persada politik di Temerloh," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Tambah Nor Azmi lagi, setelah dua penggal memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, beliau percaya UMNO Temerloh boleh terus bangkit dengan cemerlang.
Iklan
"Insya-ALLAH, kita bina pasukan yang mantap di atas roh '1 Saf 1 Kebangkitan' dan yakin pemilihan ini akan berjalan dengan penuh silaturahim dan kasih sayang," ujarnya.
Beliau mula menyertai UMNO sebagai ahli pada 1987 dan mula menjawat Timbalan Ketua UMNO bahagian itu sejak 2013.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>