KJ kongsi inspirasi di sebalik nama unik anak

Iklan
Khairy Jamaluddin - Foto TIKTOK KJ/Majalah Pa & Ma

KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar sekali lagi menjadi tumpuan warga Malaysia apabila menerima tawaran menjadi DJ di Hot FM minggu lalu.

Beliau turut tular di media sosial beberapa hari dan turut menarik media untuk menemubualnya antaranya DJ terkenal iaitu DJ Nazz.

Iklan
Iklan

Dalam temubual tersebut juga, DJ Nazz turut bertanya tentang keunikan nama anak-anak KJ iaitu Jibreil Ali Jamaluddin, Timor Abdullah Jamaluddin dan Raif Averroes Jamaluddin.

KJ mengakui setiap nama-nama itu mempunyai sebabnya tersendiri.

Iklan

"Ramai yang kata ‘Timor’ itu diambil daripada ‘Amir Timur’, seorang pejuang daripada Uzbekistan. Sebenarnya tidak, kami sukakan bunyi nama itu dan ‘Abdullah’ diambil daripada datuknya, ‘Pak Lah’.

"Raif (Rev) tiada sebab. Kami cuma sukakan nama itu. Dan ‘Averroes’ sudah tentu diambil daripada ‘Ibnu Averroes’, seorang pemikir yang saya hormati,” terang KJ kepada DJ Nazz.

Iklan

Selain menjadi DJ di Hot FM, KJ juga kini memegang dua portfolio di kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai Penasihat Belia Johor dan Lembaga Pengarah JDT. - Pa and Ma