PH sombong dan terpisah daripada rakyat
Iklan
Wan Saiful
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa bahawa Parti Pakatan Harapan (PH) sudah menjadi sombong dan terpisah daripada rakyat.
Malah Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu turut menzahirkan rasa kecewa dengan cara kerajaan campuran di antara PH dan Barisan Nasional (BN) dalam menangani rintihan rakyat.
Iklan
Iklan
"Kerajaan kayangan ini tidak memahami kesukaran hidup rakyat yang merayu untuk membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
"Nampaknya semenjak duduk dengan BN, rakan-rakan PH telah terlupa agenda rakyat yang sering dilaung-laungkan sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook miliknya pada Isnin.
Iklan
Menurutnya, pada Jumaat lalu beberapa pertubuhan akar umbi telah berkumpul di depan Pejabat Perdana Menteri untuk menyampaikan memorandum rayuan yang dibuat.
"Perlu ditegaskan permohonan kita adalah pengeluaran bersasar. Maksudnya kita boleh wujudkan peraturan untuk memastikan ada keseimbangan antara memenuhi keperluan hari ini dan memastikan kesejahteraan masa depan,” katanya.
Iklan
Tambah beliau, peranan kerajaan yang sebenar adalah mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat.
"Kerajaan tidak seharusnya menolak mentah-mentah apabila rakyat merintih,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau juga menerangkan bahawa isu berkenaan sering kali dibangkitkan di Parlimen.
"Saya harap kerajaan kayangan ini turun berpijak di bumi yang nyata dan segera bantu rakyat. Jangan sombong dengan kuasa yang ada.
"Gunakan kuasa untuk manfaat rakyat, bukan untuk balas dendam kepada mereka yang lantang sahaja,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor diadakan awal demi bebaskan Najib - Anwar"><meta itemprop="description" content="Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan awal semata-mata kerana ada pihak yang mahu kembali berkuasa demi membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, PH terpaksa berdepan pilihan raya itu bagi memastikan kestabilan negara dapat dikekalkan selain meneruskan kerjasama baik antara kerajaan negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786563/berita/politik/prn-johor-diadakan-awal-demi-bebaskan-najib---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #PH
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-06T06:02:45.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalyyiq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalyyiq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalyyiq"></script>