Sarjan ditemui maut dengan tiga kesan tembakan

Iklan
Kamarul

BAYAN LEPAS - Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemui meninggal dunia di belakang Balai Polis Bayan Lepas di sini pada jam 3.30 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa ditemui dengan kesan tembakan pada leher, dada serta kepala.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepucuk pistol turut ditemui bersama mangsa.

"Mangsa merupakan anggota yang bertugas di Balai Polis Bayan Lepas.

Iklan
Iklan

"Kes masih dalam siasatan dan saya memohon agar orang awam tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkannya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.