Sultan Johor sudah perkenan senarai Exco baharu
Iklan
Muhyiddin ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas menteri besar di Kota Iskandar di sini hari ini.
ISKANDAR PUTERI - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sudah memberi perkenan ke atas senarai barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Johor (Exco) baharu.
Pengerusi PH Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, baginda Tuanku bertitah memaklumkan kepadanya bahawa Menteri Besar, Dr Sahruddin Jamal telah mempersembahkan senarai barisan Exco Kerajaan Johor yang akan dilantik semula.
Iklan
Iklan
"Tuanku memaklumkan menteri besar sudah sampaikan senarai barisan Exco yang akan dilantik semula pada esok hari, kalau tidak silap saya.
"Sudah diperkenankan, dan saya bersyukurlah. Bermakna selepas terbentuknya barisan Exco dipimpin menteri besar, maka pentadbiran negeri akan dapat berjalan dengan lebih lancar,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas menteri besar di Kota Iskandar di sini, hari ini.
Iklan
Muhyiddin berkata, dengan terbentuknya barisan Exco Kerajaan Johor baharu di bawah pimpinan Dr Sahruddin, segala perkara yang dirancang dapat diteruskan.
Selain itu, beliau turut menyatakan kesediaan memberi pandangan kepada Dr Sahruddin untuk bersama melihat Johor terus menjadi sebuah negeri lebih maju dan berjaya.
Iklan
Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu ditemani oleh Dr Sahruddin mengadap Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, sebelum ke Kota Iskandar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>