403,637 calon duduki peperiksaan SPM 2022 bermula esok
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang bermula esok hingga 15 Mac, melibatkan 3,355 pusat peperiksaan seluruh negara.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.