Covid-19 catat 281 kes baharu

Iklan
Sebanyak 281 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Sebanyak 281 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan satu kes import dicatatkan.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, tiada kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat malam tadi.

Iklan
Iklan

Justeru, jumlah kematian dalam negara akibat Covid-19 ialah 36,954 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 9,399 kes, dengan 9,072 atau 96.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Iklan

Seramai 319 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan lapan pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Dua pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Iklan

Kes sembuh yang direkodkan ialah 257 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,994,015 kes.