Kerajaan belanja RM62 juta penjenamaan Keluarga Malaysia
Iklan
KUALA LUMPUR - Kerajaan membelanjakan lebih RM62 juta untuk menjenamakan Keluarga Malaysia semasa pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula Ogos 2021 sehingga November 2022.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jumlah RM62,093,139.05 itu mewakili lebih 98 peratus daripada perbelanjaan penjenamaan kerajaan di bawah tiga Perdana Menteri sejak Mac 2020 hingga 30 Januari lalu.
"Perbelanjaan penjenamaan Kerajaan Prihatin di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM181,752.20 sementara penjenamaan Malaysia Madani di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sebanyak RM489,216.