Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama sekuriti makanan
Iklan
Mohamad Sabu (kanan) dengan Duta Besar Indonesia di Malaysia, Hermono.
KUALA LUMPUR - Malaysia dan Indonesia akan memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sekuriti makanan menerusi perdagangan agromakanan serta kerjasama teknikal pertanian bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan antara Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu dengan Duta Besar Indonesia di Malaysia, Hermono di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini pada Selasa.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, kedua-dua negara berkenaan turut bersedia untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pertanian termasuk kerjasama di bawah platform serantau ASEAN.
"Dalam hubungan ini, Indonesia merupakan Pengerusi ASEAN bagi 2023 manakala Malaysia ialah tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (AMAF) ke-45 pada tahun ini.
Iklan
Dalam pertemuan berkenaan, kenyataan itu menyebut Mohamad dipelawa ke Indonesia bagi melihat dengan lebih dekat kejayaan pembangunan industri padi yang telah mencapai 100 peratus bagi Tahap Sara Diri (SSL) untuk menampung keperluan dan penggunaan beras domestik negara berkenaan.
Selain itu, Indonesia juga bersedia untuk mengeksport jagung bijian dan produk ternakan seperti daging, susu dan telur ayam bagi memenuhi keperluan Malaysia.
Iklan
Pertemuan hari ini turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFS, Datuk Azah Hanim Ahmad serta pegawai kanan kementerian selain wakil Kedutaan Indonesia di Malaysia. - Bernama
BERITA SEMASA 13 MEI 2024
Kerajaan menguatkuasakan undang-undang tidak membenarkan pengusaha van pelancong di Thailand membawa masuk kenderaan mereka bagi mengelakkan industri bas ekspres di negara ini terjejas.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ada di antara pengusaha terbabit akan mengambil peluang membawa penumpang dalam negara selain membawa pelancong mereka.
Jelasnya, pengusaha akan singgah untuk mengambil penumpang di dalam negara dan pergi sehingga ke Kuala Lumpur atau mana-mana destinasi melalui Kelantan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664499/berita/nasional/van-pelancong-thailand-tidak-dibenarkan-masuk-malaysia---anthony