Rafizi usul Dewan Rakyat ambil tindakan pada Wan Ahmad Fayhsal

Iklan
Rafizi ketika sesi soal jawab lisan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen pada Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengusulkan supaya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan fitnah terhadap Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Wan Ahmad Fayhsal telah membuat kenyataan mengelirukan berhubung isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Iklan
Iklan

"Mengikut peraturan 36(12), mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dewan disifatkan menghina majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan berkenaan.

"Perkara itu suatu pembohongan yang jatuh kepada Perkara 36 (12). Saya minta dewan (Dewan Rakyat) ambil tindakan,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Iklan

Sebaik mengusulkan perkara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor meminta Rafizi membuat usul berkenaan secara bertulis.

Rafizi sebelum itu mencelah sewaktu sesi soalan tambahan dari Wan Ahmad Fayhsal berhubung usaha kerajaan untuk membantu golongan miskin dan isi rumah B40 dalam pembayaran pinjaman PTPTN.

Iklan

"Adakah kerajaan ada iltizam politik untuk memansuhkan hutang PTPTN ini seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH baru-baru ini?

"Sekarang ini pun, saya maklum Pandan (Rafizi) pejuang tegar PTPTN dan Hang Tuah Jaya (Adam Adli Abdul Halim) aktivis yang benar-benar ingin perjuangkan PTPTN untuk anak muda, adakah ada tempoh masa strategi sebenar?” kata Wan Ahmad Fayhsal.