Angkasa cadang mekanisme hapus monopoli kartel ayam
Iklan
Abdul Fattah
MELAKA - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mempunyai mekanisme tersendiri untuk menjadi pembekal utama ayam di negara ini.
Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, mekanisme itu termasuk akan memperoleh bekalan anak ayam dan bahan mentah makanan haiwan itu berbanding sekarang ini hanya bergantung kepada satu sumber sahaja.
Iklan
Iklan
Katanya, langkah itu mampu menghapuskan ekosistem sumber protein itu yang didakwa dimonopoli oleh syarikat kartel hingga mengakibatkan harga ayam sukar dikawal.
"Setakat ini kita telah kenal pasti 200 hingga 300 ahli koperasi yang terlibat secara aktif dengan penternak-penternak ayam.
Iklan
"Kita yakin usaha ini dapat menghapuskan ekosistem tidak sihat yang diamalkan selama ini," katanya ketika ditemui pemberita di Krubong, di sini pada Isnin.
Jelas beliau, formula kajian berkenaan siap sepenuhnya untuk dibentangkan kepada kerajaan sebelum cadangan itu diangkat dalam masa sebulan sebagai dasar baharu Kerajaan Perpaduan.
Iklan
"Kajian yang dibentangkan Mac depan telah dibincangkan bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang secara dasarnya bersetuju dengan cadangan tersebut," katanya.
Katanya, sebagai badan yang mempunyai rangkaian dengan ribuan koperasi di seluruh dunia, Angkasa sudah mengenal pasti negara yang boleh bekerjasama dalam menyelesaikan isu berkenaan.
"Apabila syarikat pembekal sama akan mengawal kos pengeluaran ayam sekali gus membuatkan mereka akan memonopoli dan memanipulasi harga bekalannya di pasaran.
"Kos pengeluaran ditentukan oleh pembekal-pembekal kerana mereka ini juga yang membekalkan anak ayam dan makanan, membeli semula ayam yang diternak daripada penternak," katanya lagi.
Ujar beliau, Angkasa juga mempunyai lebih 3,000 rangkaian kedai runcit koperasi di seluruh negara yang boleh membekalkan ayam kepada pengguna.
"Apa yang lebih penting, sektor koperasi kita mempunyai lebih tujuh juta ahli koperasi yang juga pengguna dan pembeli boleh mendapatkan bekalan ayam di lebih 3,000 kedai-kedai runcit koperasi kita.
"Formula kajian ini sudah siap dan pada bila-bila masa jika kementerian sudah bersedia, kita akan angkat cadangan ini dalam masa sebulan sebagai dasar baharu Kerajaan Perpaduan hari ini," katanya.
BERITA SEMASA 13 MEI 2024
Kerajaan menguatkuasakan undang-undang tidak membenarkan pengusaha van pelancong di Thailand membawa masuk kenderaan mereka bagi mengelakkan industri bas ekspres di negara ini terjejas.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ada di antara pengusaha terbabit akan mengambil peluang membawa penumpang dalam negara selain membawa pelancong mereka.
Jelasnya, pengusaha akan singgah untuk mengambil penumpang di dalam negara dan pergi sehingga ke Kuala Lumpur atau mana-mana destinasi melalui Kelantan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664499/berita/nasional/van-pelancong-thailand-tidak-dibenarkan-masuk-malaysia---anthony