Kanak-kanak 10 tahun ditemukan lemas dalam kolam terbiar

Iklan
Jenazah kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang ditemukan lemas dalam sebuah kolam terbiar di Kampung Telaga Papan, Semerak Pasir Puteh pada Sabtu diserahkan kepada keluarga.

PASIR PUTEH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas dalam sebuah kolam terbiar di Kampung Telaga Papan, Semerak di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 2.23 petang itu, mangsa bersama dua rakannya dikatakan bermain di kawasan takungan air yang merupakan permukaan tanah yang digali untuk dijadikan padang bola.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, saksi yang merupakan rakan mangsa memberitahu pada awalnya kanak-kanak lekaki berkenaan hanya turun di kawasan yang cetek.

"Mangsa dipercayai tergelincir ke kawasan yang agak dalam dianggarkan lebih kurang dua meter.

Iklan

Menurut beliau, rakan-rakan mangsa telah meminta pertolongan daripada penduduk di kampung berdekatan dan kanak-kanak berkenaan berjaya dinaikkan ke tebing.

Bagaimanapun mangsa didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Iklan

Zaizul Rizal memberitahu, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian mangsa berpunca daripada lemas.

"Kami menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak supaya tidak menghampiri kawasan yang boleh mendatangkan bahaya terutama pada musim cuti persekolahan yang akan datang," katanya.