MN, GTA duduk semeja
Iklan
Khairuddin
KOTA BHARU - Pemimpin Muafakat Nasional (MN) akan bertemu Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mahathir untuk membincangkan hala tuju dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Ahli Dewan Tertinggi MN, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, perbincangan yang dijangka berlangsung minggu hadapan akan berteraskan kolaboratif dan persefahaman dua NGO itu.
Iklan
Iklan
"Kita mahu duduk semeja untuk mencari satu formula penyatuan Melayu kerana GTA juga merupakan gabungan parti politik dan NGO Melayu serta individu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel program Wacana Muafakat Nasional pada Jumaat.
Iklan
Tiga lagi ahli panel ialah Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa; Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan pendakwah dan penceramah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Khairuddin berkata, pertemuan itu juga sesuai dengan GTA dan MN yang mempunyai satu platform penyatuan dan bukan sebuah parti politik.
Iklan
Jelasnya, Dr Mahathir memberi sepenuh sokongan kepada Annuar untuk menganjurkan pertemuan itu.
"Dr Mahathir sendiri memberitahu orang Melayu perlu duduk semeja dan berbincang ke arah perpaduan. Saya sendiri akan mewakili mereka untuk pertemuan ini.
"Kita harap semua orang Melayu bersatu termasuk ahli UMNO tetapi kita menolak kluster mahkamah dan mereka perlu membersihkan nama dahulu," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>